
Selepas abang memaksa Lia menerima perkahwinan dengan abang, Lia sebenarnya membenci abang kerana mendapatkan Lia dengan cara keji apatah lagi bila Lia tahu abang mengecewakan hati Maisara. Tapi siapa sangka dalam benci, hati Lia masih mahu bersama abang. Lia sengaja aturkan rancangan di mana sebelum perkahwinan kita dapat keluar bersama. Lia ingin lihat sejauh mana keikhlasan abang terhadap perkahwinan kita… tapi Lia yang semakin kuat mencintai abang. Lia tidak ada cara lain untuk mendapatkan hati abang. Lia tak sanggup melihat abang menjadi milik Maisara, sebab waktu itu abang terlalu rapat dengannya. Lia cemburu. Lia tak sanggup melihat abang bersamanya. Lia tidak dapat hidup tanpa abang. Lia dapat rasakan abang begitu dekat pada Lia…
No comments:
Post a Comment