
Pembaca akan bertemu dengan Najla Haifa, gadis ayu mirip anak jepun yang tinggal di situ bersama keluarga besarnya. Sejak kecil lagi, Najla terpaksa menempuhi pelbagai dugaan hidup terutama sekali yang melibatkan kerenah abang-abangnya yang sombong lagi tidak beradab itu.
Pantai Remis telah menemukan Najla dan Adil, anak Mariam dan Zamani, cucu kepada Tok Awi yang bukan hanya miskin tetapi nasibnya seringkali dirundung malang. Walaupun begitu, dari mata hati gadis yang baik itu, Adil dilihat sebagai remaja yang istimewa dan berjaya memikat hati mudanya.
Malangnya, satu peristiwa telah berlaku dan memisahkan pasangan yang sedang hangat bercinta itu. Perpisahan itu telah merobekkan perasaan dan melukakan hati Najla.
Pertemuan dengan Danni, seorang lelaki romantis lagi penyayang dan berkarisma telah berjaya melembutkan perasaan yang terbuku di hati Najla Haifa. Kehadiran Danni, jejaka macho Melaka-Singapura itu telah menceriakan dan mewarnai hari-harinya semula.
Berjayakah Danni dalam usahanya untuk memikat hati gadis yang pernah gundah gulana itu dan tercapaikah keinginannya untuk menjadikan Najla sebagai isteri yang diidam-idamkannya? Apakah pula rahsia yang sekian lama terselindung dan telah mencemarkan nama keluarga Tok Mat Kaya itu?
No comments:
Post a Comment