19 August 2011

Gurindam Jiwa - Hlovate, Imaen & Noor Suraya

Ceritera I – Hlovate;

"Scubert's Serenade… lagunya penuh dengan kenangan. Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.

Ingatan untuk mereka yang pernah hadir dalam hidup saya;
Ingatan untuk mereka yang pernah bersama melalui 'waktu itu' bersama saya;
Ingatan untuk lagu-lagu yang pernah bertanda dalam hidup saya;
Ingatan untuk hari-hari yang pernah menjadi sebahagian dari hidup saya;

Mungkin lagunya sedih;
Mungkin ceritanya pun sedih;
Namun kenangan yang bertanda dalam diri saya; yang datang bersama lagu ini… tiada sejarah dengan air mata"

There could be beauty in tragedy, anyway.

Ceritera II – Imaen;

Dengan jari aku gali sedikit tanah di tepi nisannya, kukuburkan cincin itu di sisinya.

"Bukan bermakna aku sudah tidak menyayangimu lagi, sampai mati sayang, sampai mati! Aku tanam kerana aku ingin bersemadi di sebelahmu. Sedangkan apa yang bakal berlaku hari ini, aku sudah tidak pasti apakah nisanku nanti akan menjadi teman nisanmu. Hari ini adalah titik tanpa pulang lagi. Vendetta!".

Ceritera III - Noor Suraya;

Hati Andriyana adalah sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seribu rahsia, 'dia' yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya dan Manjalara.

Dalam Gurindam Jiwa ini Manjalara bercerita tentang rahsia hatinya. Aliya melukis tentang rasa hatinya lalu Fitri Hadi akan mewarnakan citra pertama 'dia' di hatinya. Walau apa pun ceriteranya, di pena Noor Suraya: Ku Fitri masih seorang 'Qais untuk Lailanya' dan Raden Andriyana… masih seorang puteri.

No comments:

Post a Comment