19 August 2011

Malam Ini Kita Semua Menangis - Ahadiat Akashah & Nor Erny Othman

Bohonglah kalau lelaki tak pernah menangis.

Bukan mudah untuk membinanya.

Antara Dewi dan Johan tercipta sebuah jambatan cinta terus ke hati.

Dan, berjanjilah mereka untuk sehidup semati. Tak sesekali menoda cinta. Pernahkah mereka terfikir takdir Tuhan yang menentukan segalanya! Johan bertemu dengan Sari; teman sepermainan waktu kecil dulu. Dan diperkenankan pula oleh ibunya yang tercinta tanpa mengetahui Johan dah punyai pilihan hati! Salah sendiri kerana sekian lama merahsiakannya! Nak berterus terang takut mengecilkan hati ibu sendiri!

Sari sekian lama memendam hati. Gara-gara Roy yang tak pernah mengerti menghargai cintanya. Sari ditinggalkan Roy lalu ditemukan semula dengan Johan. Bagaimana untuk dipujuk hati sedangkan Johan telah dianggap macam abang sendiri. Sedangkan hati masih menyintai Roy walau pecah lama belum disambung lagi.

Keluarga masing-masing mahukan mereka bersatu. Bagaimana Johan mahu menjelaskan pada ibunya dia sudah punyai bulan di hati? Kalau diterima tidakkah nanti bulannya jatuh terhempas dan berkecai di dada bumi? Malam itu mereka semua menangis…

No comments:

Post a Comment