19 August 2011

Kopi Susu Sepatu Biru - Ruby Hazri



Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula!

Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat!


Inilah sebuah kisah… tentang jiran di sebelah rumah:

Rumah No. 11 –
Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa, tetapi jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api.

Rumah No. 9 –
Dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usia tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tidak harus diberi hati.

Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada sempadan terjilid dalam pelbagai episod:

Kereta Perdana vs Kereta Kancil;
Kucing si bujang mengemis makan di rumah di dara;
Sepatu biru pencetus idea nakal si teruna;
Muzik si pemuda bukan selera si pemudi.


Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud di kaki langit… ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas dan ada sayang yang menjalar.

Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?


No comments:

Post a Comment